Pagi....
best.... aktiviti yang biasa di kolej di bawa ke unit tempat kami klinikal.... Unit Pemulihan Carakerja.... best sangat-sangat.... berkebun.... berkebun walaupun secara kasarnya ia aktiviti harian tetapi sebagai terapis (walaupun masih pelatih g... hehehe....) banyak nilai-nilai terapeutik yang kita boleh terapkan dalam seseorang individu.... terapeutik??? terapeutik itu bermaksud nilai yang ada dalam sesuatu aktiviti yang boleh membantu meningkatkan atau mengurangkan sesuatu masalah atau ketidakupayaan pada seseorang..... cthnya, berkebun tu la.... kalau berkebun pada asalnya aktiviti harian.... sebagai senam2 ringan katakan... tapi pada dasarnya, aktiviti itu boleh meningkatkan boleh membantu dalam meningkatkan penglibatan sosial seseorang bila ia dilakukan secara berkumpulan.....selepas berkebun, masa untuk brunch dulu... hehehe.... lepas tu buat aktiviti telefon buruk... ada yang panggil radio rosak.... lawak pulak bila aktiviti tu dimain... secara kasarnhya, orang pun hairan apa yang jurupulih carakerja buat... mcm byk ke aktiviti atrau permainan kan??? tp tu la kreativiti dalam tackle masalah pesakit....
Petang....
lain ckit.... kami pergi ke ward pesakit lelaki.... di sini timbul yang pelik pelik... bila kisah-kisah yang kita dengar dari pesakit, ada yang pada mula nya nampak logik di akal, tapi secara tiba2 melencong ke sesuatu yang tidak dijangka... hehehe.... sesi ini dinamakan ward round... di sinila ada perbincangan antara doktor pakar, jurupulih carakerja, dan sebagainya dalam memberikan cuti kepada pesakit..... cuti??? mesti korang hairan, cuti untuk pesakit psikiatrik ni lain, mereka selalunya akan diberi cuti 3 hari.... tapi cuti tu pun diberi setelah pesakit diyakini stabil berdasarkan soal jawab dengan pesakit dan wakil keluarganya.... happy la jugak, ada pesakit yang diberi cuti.... happy bukan apa.... bila bercakap tentang pesakit mental or what, kadang2 mentaliti kita dah fix yang mengatakan mereka ni berbahaya... yup maybe berbahaya, tapi bagi yang di hospital je.... sbb yang dibenarkan balik, adalah yang stabil dan berada dalam pengawasan oleh pegawai professional yang bertugas di hospital... mereka call, lawat kat rumah and so on..... hmmm....
Kla, ini je nak dikongsi hari ni.... yang bakal saya ceritakan lagi best.... aktiviti yang best2 dalam Occupational therapy a.k.a Jurupulih Carakerja..... :)
No comments:
Post a Comment